Parti Keadilan Rakyat Bahagian Ampang

Wednesday, November 22, 2006

MPAJ Mengganas di Kg Berembang

Pada tarikh 21 November lalu,berlaku satu peristiwa yang sangat menyentap perasaan penduduk di Kampung Berembang di sini.Kediaman dan perkampungan yang telah mereka bina dan diami selama lebih 40 tahun dicerobohi dan dirobohkan tanpa simpati oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) Majlis Perbandaran Ampang Jaya dengan sokongan FRU dan PBT yang lain.
Menurut sumber yang diperolehi,tindakan MPAJ itu sebenarnya membelakangi undang-undang yang sepatutnya mereka junjung.Ini kerana Mahkamah Tinggi Shah Alam akan mengadakan "Full Hearing" hanya pada tarikh 30 April 2007 akan datang.Maknanya keputusan penuh oleh mahkamah masih belum diperolehi namun MPAJ telah meroboh bangunan kediaman penduduk.Kini hanya tinggal Madrasah Rahmaniyah,surau tempat penduduk kampung beribadat dahulunya kini menjadi perlindungan sementara terutama bagi wanita,kanak-kanak dan warga emas.
Pada tragedi Isnin lepas,kesemua rumah penduduk telah dirobohkan walaupun wakil Jawatankuasa Rayuan dan Penyelesaian penduduk kampung itu telah berjaya mendapatkan surat sokongan dari pejabat Perdana Menteri yang ditandatangani sendiri oleh Setiausaha Sulit Kanan PM kepada MB Selangor yang mengarahkan kerja-kerja perobohan ditangguh.Dua rumah juga telah terbakar secara 'misteri' .Operasi itu juga telah mengakibatkan hampir 30 orang penduduk kampung dan aktivis NGO ditangkap
Merasakan mereka telah dianiayai oleh PBT dan Pemaju,kesemua wakil isi rumah telah membuat laporan polis berkenaan kejadian tersebut.
Parti Keadilan Ampang adalah antara pihak pertama yang hadir menunjukkan simpati dan menghulur bantuan awal kepada mangsa-mangsa.Ketua AMK Bahagian,Saudara Hamsah Djabir adalah antara yang paling sibuk membantu kerja-kerja mendirikan khemah sementara bagi penduduk.Sebuah khemah,segulung kanvas plastik dan bantuan makanan merupakan sumbangan awal yang diserahkan kepada wakil penduduk di kampung itu.Turut kelihatan En. Nor Hizwan Ahmad selaku Setiausaha Bahagian yang mengkoordinasi bantahan kepada pihak MPAJ dan juga YBhg En. Abdul Halim Mohamed Yusof selaku Ketua Bahagian telah menunjukkan simpati dan bantuan kepada mangsa-mangsa.

Wednesday, November 15, 2006

Siapa Khianat...Siapa Munafik?

Kenyataan Naib Ketua Pemuda UMNO ,Khairy Jamaluddin pada Perhimpunan Agung Pemuda UMNO baru-baru ini dianggap sangat biadab dan umpama meludah ke langit.Khairy dalam ucapannya menyatakan bahawa mantan Timbalan Perdana Menteri,Dato' Seri Anwar Ibrahim memutarbelitkan fakta, munafik dan pengkhianat bangsa apabila beliau menyatakan bahawa Dasar Ekonomi Baru yang diamalkan tidak lagi relevan dan mesti digantikan dengan dasar yang lebih menyeluruh.
Khairy dilihat seumpama ingin menunjukkan bahawa beliaulah pahlawan dan jaguh kepada ahli-ahli partinya dengan tuduhan melulu dan tidak berasas seperti itu.Beliau seharusnya perlu melihat kepada dirinya sendiri,jangan seumpama ayam jantan yang berkokok megah namun ekornya bergelumang tahi sendiri!.
Anwar Ibrahim dikatakan khianat kepada bangsanya apabila mahu DEB dihapus dan digantikan dengan dasar baru yang memberi menafaat menyeluruh kepada semua yang memerlukannya.Sebagai sosok yang pernah terlibat dalam perlaksanaan dasar tersebut pasti Anwar lebih tahu apa yang berlaku.Baru sahaja Akta Rasuah diperkenalkan oleh beliau di Parlimen beliau telah dicantas dari UMNO dengan tragedi yang cukup menghinakan.Sebenarnya kenyataan Anwar Ibrahim mengenai DEB ini tidak lagi relevan turut disokong oleh Tan Sri Dato'Khalid Ibrahim.Khalid merupakan antara individu penting dalam perangkaan dan perlaksanaan DEB turut menyatakan bahawa dasar tersebut telah disalahguna dan hanya memberi keuntungan kepada beberapa kerat individu yang berkepentingan sahaja.
Dasar baru yang kini sedang dirangka sendiri oleh Khalid selaku bendahari Agung KeADIlan akan dibentangkan kepada rakyat Malaysia kelak bakal memberi faedah kepada seluruh rakyat Malaysia yang memerlukan tanpa mengira kaum dan berlandaskan semangat perlembagaan.Oleh yang demikian,selagimana Perlembagaan Malaysia digunapakai tidak timbul masalah dan kekalutan tentang hak keistimewaan bangsa Melayu & agama Islam.Khairy Jamaluddin sepatutnya insaf dan mendalami maksud disebalik perkataan bekas Pemangku Presiden UMNO tersebut.Anwar Ibrahim dan mana-mana orang Melayu dalam negara ini yang menyokong pemansuhan DEB tidak akan menjadi kurang 'Melayu'nya hanya kerana itu.
Berlainan dengan Khairy Jamaluddin yang entah dari mana muncul tiba-tiba diangkat menjadi Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia?! Dalam masa tak sampai 2 tahun bapa mertuanya menjadi Perdana Menteri Malaysia,telah puluhan juta ringgit keuntungan memenuhi kantungnya hasil penjualan beberapa syarikat yang merupakan pemangkin industri strategik negara kepada bangsa asing dari negara asing.Jika Khairy menjalankan semuanya dengan cara terhormat seorang peniaga dan mengikut susur galur undang-undang melalui syarikat ECM Libra, mengapakah beliau menyaman Datuk Husam Musa yang mendedahkan segala salah lakunya? Dengan penglibatan Khairy selaku antara pemegang saham terbesar ECM Libra,tentu beliau ada jawapan tentang penglibatan syarikat itu dengan beberapa syarikat yang turut mempunyai kepentingan Yahudi & Israel seperti Parkway Holdings,Westcombe dan Newbridge.Sekarang Khairy,siapa pengkhianat bangsa? siapa munafik?

Sunday, November 12, 2006

Berminat Menyertai keADILAn?


Lanskap politik negara kini pesat mengalami era perubahan.Rakyat Malaysia mula sedar sistem demokrasi yang digunapakai adalah separuh masak dan banyak melanggar konsep demokrasi serta hak asasi manusia dan salahguna kuasa yang berleluasa.Oleh itu,marilah bersama menjana tenaga kemenangan bersama Parti Keadilan Rakyat bahagian Ampang.
Segala urusan keahlian sila hubungi:

Ketua Bahagian : YBhg En. Abdul Halim Mohd Yusof- 012-2848464
Setiausaha Bahagian : En. Nor Hizwan B. Ahmad - 017-6481648
Ketua Angkatan Muda : En. Hamsah B. Djabir - 019-2492065
Ketua Wanita : Pn. Dayang Juita - 019-2816178

*Kepada ahli-ahli lama,sila hubungi penama di atas bagi tujuan kemaskini keahlian anda.Terima Kasih.

"Masa Untuk Perubahan"

Saturday, November 11, 2006

Dokongan Masyarakat Tionghwa Meningkat



Parti Keadilan Rakyat yang mensasarkan Pulau Pinang antara negeri yang dapat ditawan dalam Pilihanraya Umum akan datang ternyata bersifat realistik dalam membuat andaian.

Sokongan masyarakat dilihat semakin menunjukkan perkembangan positif.Masyarakat Melayu kini kian teguh mempercayai keADILan setelah melihat UMNO P.Pinang terumbang-ambing dengan permasalahan dalaman mereka dan pentadbiran PM yang dilihat sangat perlahan dan bercelaru.
Kini masyarakat Tionghwa pula secara berani menonjolkan diri mereka dalam perjuangan keADILan di sini.Mereka inginkan perubahan yang tidak dapat dibawa parti politik bersifat perkauman seperti GERAKAN dan MCA.Angin perubahan yang bertiup kencang ini mula dijelmakan oleh Bekas Pengerusi MCA Bukit Mertajam,Tony Peh Choon Peng.Beliau telah membawa 1009 ahli MCA Bukit Mertajam dan baru-baru ini .,106 orang lagi ahli MCA Bukit Mertajam keluar parti diketuai Tan Hock Leong ,Setiausaha bahagian tersebut.

Tan Hock Leong yang berusia 51 tahun, merupakan ahli MCA selama 30 tahun. Beliau mula aktif sebagai ahli MCA dari tahun 1976. Dia merupakan Setiausaha MCA bahagian Bukit Mertajam selama 9 tahun, mulai tahun 1996 sehingga 2005 dibawah pimpinan Pengerusi Dr. Tan Chong Keng.
Menurutnya, setakat ini seramai 106 ahli MCA bahagian Bukit Mertajam bersama-samanya secara sah telah meninggalkan MCA. Seramai 7 orang Ketua Cawangan, 9 orang Ketua Wanita Cawangan dan 5 orang Ketua Pemuda Cawangan, manakala yang selebihnya ialah AJK cawangan, Setiausaha cawangan dan ahli biasa.Walaupun belum menyertai keADILan,desas-desus menyatakan beliau dan rakan-rakan amat berminat menyertai parti berbilang bangsa ini.

Farewell,Warrior: Tan Soi Kow @ Umar Tan Abdullah












Unbeknownst to most Malaysians, even those who unabashedly wear the velveteen tag of “human rights activists”, Tan was without doubt one of the most committed fighters for democracy and human rights in this country.
But one would be hard pressed to find a feature on him or read his words laid out on glossy magazines. We would find Tan present in almost every protest. He’d be there, helping to carry banners, sometimes delivering materials or bottles of water, making sure we were alright.
He didn’t begin this way. Tan wasn’t born into an illustrious family nor was he chauffeured down the Ivy-league trail. He wasn’t one of those garden-variety ‘activists’. He worked hard to earn his keep. He kept only one bank account. He went around his trusty little motorbike, more Brando than Bogart, on a Honda kapchai. He collected chunky watches that looked like weapons of mass destruction.
He was hardly different from you and me. A Commoner. A Citizen.

Then September 2, 1998 came and changed everything.
His name first appeared on our long list of arrestees who bravely reclaimed the streets of Kuala Lumpur and demanded the resignation of then Prime Minister Mahathir Mohammad. Over time, as the protests became more frequent and the lists piled, it seemed as if his name never left the pages.
His passion scorched and burnt through our flesh and bones, putting the best of us to shame. Berani kerana benar - ‘Courage because of Truth ‘. He lived, walked, breathed this motto and asked nothing in return – no honours, no rewards, no acknowledgement, save, that we should never give up; that we must believe our victory is close and within sight.
The measure of a man is by his true friends.
Judging from those who called him friend and comrade when he was alive, those who were at the hospital, Pak Lang’s house and the cemetery, those who called, sent SMSs and emails, Tan was a giant who towered well above us.
Ah Tan.
Reformist. Activist. Former political prisoner. Teacher. Friend. Brother.
Comrade.
Farewell for now.



























































































































































































































































































































































































Friday, November 10, 2006

Selangor Menuju Kemenangan


Parti Keadilan Rakyat Negeri Selangor yang baru-baru ini mendapat suntikan semangat dengan perlantikan Tan Sri Khalid Ibrahim dan Sdr Mohamed Ezam Mohd Nor sebagai Pengerusi & Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri kini mula mengatur langkah menuju kemenangan.
Dalam suasana Aidilfitri yang masih belum surut, KeADILan Bahagian Kuala Selangor mengambil inisiatif dengan menganjur suatu pertemuan Belia Kawasan bersama AJK KeADILan Negeri Selangor.
Program yang bermula jam 3 petang itu berjaya mencapai matlamatnya dan dikesempatan itu Tan Sri Khalid juga menyatakan keADILan negeri Selangor akan mula menjalankan persediaan rapi untuk mengetuai Barisan Rakyat di Negeri Selangor serta berkerjasama dengan DAP.Antara Agenda besar yang akan dibawa keADILan Selangor dalam pilihanraya akan datang adalah isu ekonomi negara dan ekonomi orang Melayu.
Dalam sesi itu juga turut ditayangkan pada skrin besar temubual eksklusif Tan Sri Khalid Ibrahim bersama WTV8 yang banyak menyetuh isu semasa dan permasalahan ekonomi sebenar rakyat di Negara ini.
Tayangan itu mendapat maklum balas positif daripada kebanyakan yang hadir dengan mencadangkan ianya dibuat dalam bentuk VCD dan diedar kepada penduduk Negeri Selangor terutamanya kerana isinya yang meluas dan kupasan lengkap yang dapat membuka mata banyak pihak terutama penduduk kawasan pendalaman yang m asih taksub dengan UMNO kerana tidak mendpat maklumat yang sebenar. Turut hadir P.Krishnasamy & Cikgu Lee Kim Sin selaku Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri,Pn Maznah Aziz selaku Ketua Wanita Negeri,Kashminder Singh wakil bahagian Subang,Abd. Halim,Khairul Nordin dan Nor Hizwan wakil bahagian Ampang,dan wakil-wakil hampir semua Bahagian di Selangor

Rumah Terbuka DSAI 2006


Dato' Seri Anwar Ibrahim & Y.B Datin Seri Wan Azizah serta keluarga baru-baru ini mengadakan jamuan hari raya aidilfitri di kediaman mereka di Damansara,KL.
Majlis tersebut mula dihadiri rakyat pelbagai kaum sejak jam 1130 pagi.Dianggarkan seramai lebih 5 ribu rakyat dari pelbagai latarbelakang kaum & agama menghadiri rumah terbuka tersebut.Antara figura terkenal yang hadir ialah Dato' Seri Ibrahim Saad bekas Tim. Ketua menteri P.Pinang,Dato' Seri Osman Aroff bekas MB Kedah dan ramai pimpinan UMNO lainnya.
Antara pemimpin Barisan Rakyat yang turut hadir ialah Datuk Husam Musa(Kelantan),Datuk Mustaffa (Terengganu)Ust Abdul Ghani (Ulama) Lim Kit Siang,Theresa Kok,Teng Chang Kim (DAP) dan ramai lagi.Turut

kelihatan Dr Rahim Ghouse bekas Naib Ketua Pemuda UMNO di Pulau Pinang.
Mulai jam 1.30 kesesakan mula terasa apabila barisan orang ramai yang beratur untuk bersalaman dengan DSAI mencecah 300 meter.Walaupun hujan lebat menyelebungi petang itu,namun kehadiran tidak terhenti.Rakyat terus berpusu-pusu dalam keadaan basah kuyup menemui pemimpin karismatik yang mereka sayangi itu.Wakil-wakil parti Keadilan seluruh negara turut hadir termasuk Bahagian Ampang.Antaranya Setiausaha Bahagian Nor Hizwan Ahmad,Ketua AMK Hamsah Djabir,Ketua Wanita Dayang Juita dan ramai lagi AJK Bahagian.Ketua Bahagian Ampang berada di luar kawasan ketika itu.
Kehadiran rakyat yang sungguh memberangsangkan ini menunjukkan kasih sayang dan kepercayaan rakyat malaysia serta harapan mereka masih lagi bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Tuesday, November 07, 2006

Background of Tan Sri Dato' Khalid Ibrahim

Tan Sri Dato' Abdul Khalid completed a Master of Business Administration (MBA) at University of Queensland(UQ) in 1976 and carries the "Tan Sri" title, which is equivalent to a knighthood. He is a past president of the Malaysian Alumni Association and Group Chief Executive Officer of Kumpulan Guthrie Berhad ,one of the largest firms listed on the Malaysian Stock Exchange. In 2002, he was named UQ's inaugural International Alumnus of the Year. In 2003, he was the UQ Business School's Executive-in-Residence, delivering lectures on his company's strategies. The Kumpulan Guthrie Group was first listed on the Stock Exchange in 1989 and has since embarked on an aggressive expansion campaign through the acquisition of interests in plantations, property developments and manufacturing throughout Asia. Tan Sri Khalid has been at the helm overseeing the group's strategy and integrating Western banking and finance strategy with the Asian business culture. He recently completed his stay as a visiting fellow specialising in Islamic finance and the capital market at the Oxford Centre of Islamic Studies, at Oxford University.

Sambutan Aidilfitri Parlimen Ampang & Pandan

KeADILan Bahagian Ampang dan Pandan akan berkerjasama untuk menjayakan program Rumah Terbuka KeADILan yang bakal berlangsung pada 25 November 2006 ini di Padang Awam Taman Dagang.
Program yang berlangsung antara jam 2.oo hingga 5.oo petang itu dijangkan bakal mendapat sambutan hangat rakyat pelbagai lapisan masyarakat disekitar Parlimen Ampang & Pandan.Turut dijadualkan mengunjungi majlis tersebut ialah Pengerusi Perhubungan Negeri Selangor Tan Sri Dato' Khalid Ibrahim dan Timbalannya Mohd Ezam Mohd Nor.
Ketua Bahagian KeADILan Ampang, Saudara Abdul Halim Mohamed Yusof sangat positif majlis ini akan berjaya menghimpunkan rakyat sekitar Parlimen Ampang & Pandan yang ingin bertemu dengan kedua tokoh rakyat tersebut.Dijangkankan seramai 3 ribu orang akan mengunjungi majlis ini.Majlis ini juga merupakan antara acara pemanas badan aktivis keADILan Bahagian Ampang & Pandan dalam menghadapi suasana Pilihanraya yang dijangka berlaku tahun hadapan.

Program: Sambutan Aidilfitri KeADILan Ampang & Pandan
Tarikh : 25 NOvember 2006 (Sabtu)
Tempat : Padang Awam Taman Dagang.(Berhampiran GIANT Tmn Dagang)
*Petunjuk arah disediakan.
Hadirlah beramai-ramai!

Friday, November 03, 2006

Tahniah Tan Sri Khalid Ibrahim!

Seluruh pimpinan keADILan Bahagian Ampang mengalu-alukan perlantikan YBhg Tan Sri Dato' Khalid Ibrahim selaku Bendahari Agung keADILan Malaysia dan Pengerusi Perhubungan keADILan Negeri Selangor.
Ini dilihat sebagai satu suntikan baru dalam usaha memantapkan pentadbiran parti di peringkat negeri dan pusat serta menunjukkan bukti bahawa kini tokoh-tokoh professional negara mula mengatur langkah menyertai secara terang-terangan perjuangan ke arah membina Malaysia Baru bersama pakatan Barisan Rakyat.