Parti Keadilan Rakyat Bahagian Ampang

Thursday, March 15, 2007

AMK Ampang: Siap siaga!

Jawatankuasa Angkatan Muda KeADILan Ampang telah berjaya menjalankan mesyuarat kali pertama AJK sesi 2007-2010 hanya 2 hari selepas berlangsungnya Mesyuarat Agung AMK Tahunan.Semangat perjuangan jelas terpancar pada barisan kepimpinan AMK Bahagian yang turut diserikan dengan perlantikan beberapa muka baru yang bersetuju untuk menzahirkan komitmen mereka dalam perjuangan ini.
Menurut Ketua AMK Ampang Sdr Hamsah Djabir, antara perkara pokok yang akan diselesaikan dalam tempoh terdekat ialah soal penubuhan Skuad Angkatan Muda Bahagian dan soal pakaian seragam AMK Bahagian disamping pembentangan cadangan beberapa program yang akan dipelopori oleh AMK Bahagian.
Disamping itu, seluruh AJK AMK Bahagian diminta aktif memainkan peranan dengan mencari aktivis-aktivis baru serta mendaftarkan mereka sebagai pengundi memandangkan Pilihanraya Umum dijangka berlaku dalam watu terdekat.
Beliau juga menegaskan bahawa bermula tahun ini AMK Bahagian Ampang akan mula menyengat dan memainkan peranan penting serta memperbanyakkan kegiatan dalam masyarakat khususnya di Parlimen Ampang.

Keputusan M.A.T.B 2006

Mesyuarat Agung Tahunan Bahagian untuk Parti KeADILan Rakyat Bahagian Ampang telah sempurna dijalankan di sebuah hotel di sini.Berikut merupakan antara keputusan yang dicapai.

Keputusan Pemilihan AJK Bahagian Sesi 2007-2010

Pengerusi Tetap: En. Mohd Salleh b. Yaakob
Timbalan Pengerusi Tetap: PW 2 (B) En. Ahmad b. Said
Ketua Bahagian: Y Bhg En Abdul Halim b. Mohamed Yusof
Timbalan Ketua Bahagian: En Abdullah Sani b. Abd Hamid
Naib Ketua Bahagian: En. Zulkiflee b. Mohd Salleh
Ketua Wanita: Pn Dayang Juita bt. Abg Anuar
Ketua Angkatan Muda: Sdr. Hamsah b. Djabir

Keputusan Pencalonan Ahli MPT KeADILan Pusat

Pengerusi Tetap: En. Ishammudin Ismail
Timbalan Pengerusi Tetap:En. Ismail Yusof
Presiden: Dato' Seri Anwar Ibrahim
Timbalan Presiden: Dr Syed Hussin Ali *melalui pertandingan
Naib-naib Presiden: Dr. Lee Boon Chye (Pemangku)
Dato' Nallakarupan K.S
Pn. Hjh Fuziah Salleh

Kejohanan Bowling AMK Ampang






KEJOHANAN BOWLING TERBUKA
ANGKATAN MUDA KEADILAN AMPANG
Tarikh : 1 April 2007 (Ahad)
Waktu : 9.00 pagi
Tempat : Ampang Superbowl, Ampang Point
Yuran : RM120 sahaja (4 pemain)
Hadiah: Pasukan 1) Johan RM500.00
2) Naib Johan RM 300.00
3) Ketiga RM 200.00
Individu 1)Lelaki RM50.00
2)Wanita RM50.00
*Hubungi segera: Hamsah 017-603 0093 / 019-249 2065

Thursday, March 01, 2007

Patutlah...!



Patutlah apa? pernahkah kita tertanya-tanya mengapa walapun setelah sekian banyak laporan polis dan juga laporan BPR yang telah dimajukan kepada pihak berkuasa seolah-olah tidak memberi sebarang kesan? Semua ini kini terungkai setelah pendedahan berani & eksklusif dibawa kepada pengetahuan umum melalui GERAK.Pengerusi GERAK,Sdr Ezam Mohd Nor telah mengadakan sidang media di pejabatnya pada 26 Februari yang lalu dan mendedahkan bahawa Ketua Pengarah BPR sendiri terlibat dalam pelbagai kes salahguna kuasa, rasuah & jenayah.Pendedahan yang berasakan surat bertajuk "First Information Report Under Section 107 CPA Against Dato Seri Zulkefly Mat Noor (B1) & Another" itu mengejutkan banyak pihak dan kini mula menggegarkan lagi pentadbiran PM Pak Lah yang dilihat umum kian goyang.Rata-rata rakyat mempersoalkan bagaimana Zulkeply yang juga bekas pegawai tertinggi Special Branch itu dilantik ke jawatannya sekarang.Laporan polis yang terpapar disebelah merupakan salinan report polis yang dibuat oleh Zarina Mindra bt Abdullah pada 28 July 1997.