Parti Keadilan Rakyat Bahagian Ampang

Wednesday, November 15, 2006

Siapa Khianat...Siapa Munafik?

Kenyataan Naib Ketua Pemuda UMNO ,Khairy Jamaluddin pada Perhimpunan Agung Pemuda UMNO baru-baru ini dianggap sangat biadab dan umpama meludah ke langit.Khairy dalam ucapannya menyatakan bahawa mantan Timbalan Perdana Menteri,Dato' Seri Anwar Ibrahim memutarbelitkan fakta, munafik dan pengkhianat bangsa apabila beliau menyatakan bahawa Dasar Ekonomi Baru yang diamalkan tidak lagi relevan dan mesti digantikan dengan dasar yang lebih menyeluruh.
Khairy dilihat seumpama ingin menunjukkan bahawa beliaulah pahlawan dan jaguh kepada ahli-ahli partinya dengan tuduhan melulu dan tidak berasas seperti itu.Beliau seharusnya perlu melihat kepada dirinya sendiri,jangan seumpama ayam jantan yang berkokok megah namun ekornya bergelumang tahi sendiri!.
Anwar Ibrahim dikatakan khianat kepada bangsanya apabila mahu DEB dihapus dan digantikan dengan dasar baru yang memberi menafaat menyeluruh kepada semua yang memerlukannya.Sebagai sosok yang pernah terlibat dalam perlaksanaan dasar tersebut pasti Anwar lebih tahu apa yang berlaku.Baru sahaja Akta Rasuah diperkenalkan oleh beliau di Parlimen beliau telah dicantas dari UMNO dengan tragedi yang cukup menghinakan.Sebenarnya kenyataan Anwar Ibrahim mengenai DEB ini tidak lagi relevan turut disokong oleh Tan Sri Dato'Khalid Ibrahim.Khalid merupakan antara individu penting dalam perangkaan dan perlaksanaan DEB turut menyatakan bahawa dasar tersebut telah disalahguna dan hanya memberi keuntungan kepada beberapa kerat individu yang berkepentingan sahaja.
Dasar baru yang kini sedang dirangka sendiri oleh Khalid selaku bendahari Agung KeADIlan akan dibentangkan kepada rakyat Malaysia kelak bakal memberi faedah kepada seluruh rakyat Malaysia yang memerlukan tanpa mengira kaum dan berlandaskan semangat perlembagaan.Oleh yang demikian,selagimana Perlembagaan Malaysia digunapakai tidak timbul masalah dan kekalutan tentang hak keistimewaan bangsa Melayu & agama Islam.Khairy Jamaluddin sepatutnya insaf dan mendalami maksud disebalik perkataan bekas Pemangku Presiden UMNO tersebut.Anwar Ibrahim dan mana-mana orang Melayu dalam negara ini yang menyokong pemansuhan DEB tidak akan menjadi kurang 'Melayu'nya hanya kerana itu.
Berlainan dengan Khairy Jamaluddin yang entah dari mana muncul tiba-tiba diangkat menjadi Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia?! Dalam masa tak sampai 2 tahun bapa mertuanya menjadi Perdana Menteri Malaysia,telah puluhan juta ringgit keuntungan memenuhi kantungnya hasil penjualan beberapa syarikat yang merupakan pemangkin industri strategik negara kepada bangsa asing dari negara asing.Jika Khairy menjalankan semuanya dengan cara terhormat seorang peniaga dan mengikut susur galur undang-undang melalui syarikat ECM Libra, mengapakah beliau menyaman Datuk Husam Musa yang mendedahkan segala salah lakunya? Dengan penglibatan Khairy selaku antara pemegang saham terbesar ECM Libra,tentu beliau ada jawapan tentang penglibatan syarikat itu dengan beberapa syarikat yang turut mempunyai kepentingan Yahudi & Israel seperti Parkway Holdings,Westcombe dan Newbridge.Sekarang Khairy,siapa pengkhianat bangsa? siapa munafik?

0 Comments:

Post a Comment

<< Home