Parti Keadilan Rakyat Bahagian Ampang

Friday, December 07, 2007

HINDRAF:Penjelasan Anwar Ibrahim


Dato Seri Anwar Ibrahim menyarankan rakyat agar tidak terpedaya dan terpengaruh dengan fitnah dan penipuan yang dimainkan oleh media milik UMNO/BN mengenai isu tuntutan HINDRAF. Menurut beliau, kecaman dan serangan bertubi-tubi oleh media arus perdana terhadap dirinya itu membuktikan kegusaran dan kebimbangan pihak pemerintah dalam menangani pengaruh pimpinan pembangkang dan arus keinginan rakyat yang sudah sedia menukar kerjaaan.

Berikut merupakan antara petikan komen beliau mengenai isu HINDRAF dan tuntutan mereka:

21 Nov:

"Ini adalah merupakan hak demokratik bagi seluruh rakyat Malaysia untuk menyatakan pendapat dan hak mereka secara aman. Sebagaimana yang berlaku dalam perhimpunan BERSIH sebelum ini, sekiranya pihak polis sedia memberikan kerjasama, keselamatan dan perjalanan apa sahaja perhimpunan boleh terjamin"

"Sebagai individu yang percaya akan prinsip keadilan untuk semua, saya tidak mempertikai hak menganjurkan perhimpunan aman tersebut. Komuniti India telah sekian lama menderita"

22 Nov:

"saya saya menyeru kepada HINDRAF agar mereka mengambil pendekatan yang lebih sederhana dan bertanggungjawab di dalam menyuarakan ketidakpuashatian mereka, khususnya di dalam soal Perlembagaan, khususnya Perkara 153. HINDRAF sepatutnya menumpukan perhatian mereka kepada kerajaan BN yang bertanggungjawab di atas salahguna kuasa yang telah menindas kaum India yang miskin, dan juga pada masa yang sama gagal menyelesaikan masalah semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, warna kulit ataupun agama.


Oleh itu,AMK Negeri Selangor berpendapat, gerak kerja perlu ditumpukan untuk memberi penerangan kepada rakyat tentang isu sebenar dan penjelasan DSAI tersebut yang dikeluarkan beberapa hari sebelum perhimpunan HINDRAF.

Friday, September 28, 2007

Majlis Agihan Zakat & Infaq Ramadhan

Ampang, 27 September: Sebuah majlis bagi meraikan golongan penerima zakat telah dijalankan dengan jayanya anjuran dan dengan kerjasama keADILan bahagian Ampang serta sebuah NGO wanita, WIRDA.
Majlis yang bermula pada jam 6 petang itu telah berjaya menghimpunkan seramai lebih 200 tetamu termasuk lebih 100 penerima zakat dan infaq yang terdiri daripada golongan ibu tunggal, anak-anak yatim dan golongan kurang berkemampuan.Kesemua mereka yang dikenalpasti adalah dikalangan penduduk sekitar parlimen Ampang Jaya.
Ketua Wanita Keadilan Malaysia yang juga merupakan pengerusi WIRDA telah terlebih dahulu menyampaikan ucapannya. Dalam ucapan tersebut beliau menceritakan saat-saat awal penubuhan WIRDA dan fungsinya yang bermanfaat bukan sahaja kepada golongan wanita tetapi juga melibatkan kaum lelaki.Beliau berharap agar WIRDA dikenali dan dimanfaatkan kewujudannya demi pembangunan dan kepedulian terhadap ummah.
Majlis tersebut disusuli dengan majlis berbuka puasa dan solat maghrib berjemaah.
Program yang tidak bersifat politik ini jelas dapat mendekatkan sekaligus memberi keyakinan terhadap rakyat kepada parti.

Tuesday, September 25, 2007

Program Ramadhan PKR Ampang


Agihan Makanan Berbuka Puasa

*Tmn Dato Ahmad Razali

*Flat Taman KOSAS

*Kg Melayu Ampang

*Tasek Permai

*Ukay Perdana

Lawatan Muhibah Ke Kawasan Pengundi Cina

Program Penyampaian Zakat & Infaq Ramadhan

Program Edaran Risalah bersama AMK Pusat

Program Edaran Kurma Percuma

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan buat semua !
Sidang Penerangan ingin memohon maaf kerana laman blog ini sudah lama tidak dikemaskini.Ini kerana terdapat beberapa masalah teknikal.Walaubagaimanapun kini laman blog ini sudah mula boleh dikemaskini.Kami mengalu-alukan sebanarang komentar yang berguna dari pihak pelawat yang budiman.Selamat menjalani ibadah puasa dari kami AJK Parti Keadilan Rakyat Bahagian Ampang!

Thursday, July 12, 2007

Presiden UMNO Juga Keluar Parti-Anwar


Ampang,7 Julai 2007-Dato Seri Anwar Ibrahim dalam ceramah perdananya yang diraikan lebih 4000 rakyat di Taman Ampang Indah di sini mengulas soal keluar-masuk parti yang pada waktu kini masih sibuk dijunjung oleh media-media arus perdana.Beliau menyatakan soal keluar masuk parti adalah perkara biasa dalam politik dan rakyat sepatutnya tidak terlalu memikirkan persoalan tersebut sebaliknya terus menumpukan kepada agenda besar reformasi yang diterajui parti.tambah beliau lagi ahli-ahli keADILan yang dikatakan keluar parti kebanyakannya adalah golongan kecewa dalam parti yang sudah lama mendiamkan diri tetapi tiba-tiba dijulang sebagai kononnya tulang belakang kepada pergerakan parti.Beliau menambah dengan memberikan contoh di Pulau Pinang ,Bekas Ketua Bahagian Bukit Bendera yang telah kalah dalam pemilihan peringkat bahagian mengambil sikap meninggalkan parti dan mengheret bersama isterinya yang juga bekas Ketua Wanita Pulau Pinang untuk mengikuti jejaknya.Manakala di Kedah, bekas Ketua Penerangannya sudah diisytihar muflis oleh bank dan tidak layak memegang sebarang jawatan.Menurutnya lagi, UMNO mesti melihat sejarah bahawa 3 orang bekas Presidennya termasuk pengasas UMNO sendiri meninggalkan parti lapuk itu kerana sedar perjuangan UMNO adalah sia-sia.Dato Onn Jaafar merupakan pengasas dan Presiden UMNO pertama kemudiannya menubuhkan Parti Negara dan menang di Terengganu dengan sokongan PAS ketika itu.Selain itu, Tunku Abdul Rahman putra Al-Haj dan juga Tun Hussien Onn turut keluar UMNO dan berkempen dalam pilihanraya bagi menentang UMNO.majlis ceramah tersebut turut diraikan oleh Dato Dr Zainal Abidin Ahmad selaku Pengerusi Perhubungan Negeri Selangor, Sdr Azmin Ali selaku Naib Presiden dan Pn Hjh Zuraida Kamaruddin selaku Ketua Wanita disamping beberapa ahli MPT dan AJK Keadilan serta PAS Kawasan Ampang.

Sunday, May 27, 2007

Senarai Majlis Pimpinan Tertinggi PKR 2007-2010


De Facto Leader: Datuk Seri Anwar Ibrahim

President:YB Datin Seri Dr. Wan Azizah Dato'Wan Ismail

Deputy President: Dr. Syed Husin Ali

Vice President:

Azmin Ali

Dr. Lee Boon Chye

Mustaffa Kamil Ayub

Sivarasa Rasiah

Datuk Dr. Jeffrey Kitingan

Secretary General: Tan Sri Dato’ Khalid Ibrahim

Treasurer: William Leong

Information Chief: Tian Chua

Elections Director: Azmin Ali

Deputy Elections Director: Fuziah Salleh

Strategic Director: Saifuddin Nasution Ismail

Youth Chief: Shamsul Iskandar Md. Akin

Wanita Chief: Zuraida Kamaruddin
Supreme Council: YB Dominique Ng

Dr. Badrul Amin Baharon

Dr. Mansor Othman

Dr. Zaleha Mustaffa

Dato' Dr. Zainal Abidin Ahmad

Captain (R) Usaili Alias

N. Gobalakrishnan

Yahya Sahri

Johari Abdul

Irene Fernandez

Christina Liew

Latheefa Koya

Saiful Izham Ramli

Osman Abdul Rahman

Badrul Hisham Shahrin

Ansari Abdullah

Animah Anette Ferrer

Khalid Jaafar

Zakaria Hamid

Kongres Keadilan ke 4 2007






Seremban,26 Mei- Keadilan Bahagian Ampang telah sama-sama memeriahkan Kongres Nasional ke-4 Parti Keadilan Rakyat yang telah berlangsung di Dewan Sekolah Tinggi Chung Hwa,Seremban ,Negeri Sembilan.
Perwakilan dari bahagian ini telah diketuai sendiri oleh Ketua Bahagian yang juga Timbalan Setiausaha Agung En Abdul halim Mohamed Yusof,Timbalan Ketua Bahagian En Abdullah Sani Abdul Hamid,Naib-naib Ketua Encik Abd.Majid Abd Manap & En. Farid Wajdi serta Ketua Wanita,Ketua AMK,Setiausaha,Ketua Penerangan dan beberapa lagi perwakilan yang terpilih.

Majlis perasmian kongres itu berlangsung dengan penuh gilang gemilang dan dihadiri oleh lebih 2500 perwakilan dan pemerhati seluruh negara.


Istimewa pada kongres kali ini,keADILan Bahagian Ampang telah diberi tempat di barisan hadapan pentas utama.


Kongres kali ini telah berjaya meniup semangat perwakilan dan pemerhati yang rata-ratanya tidaksabar ingin meluahkannya dalam bentuk gerak kerja yang tersusun apabila pulang kelak.

Pimpinan AMK Pusat 2007-2010

Pengerusi Tetap:
Yahya Sahri
Ketua AMK:
Samsul Iskandar Mat Akin
Timb.Ketua:
Fariz Musa
Naib Ketua:
Khairul Annuar Ahmad Zainuddin
Amiruddin Sahri
Tai Seng Toh
Exco AMK:
Amizudin Ahmad
Ginie Lim Siew Lin
Latheefa Koya

P. Saravanan
Muhammad Gaddafi Kamal

Zara Zahari
Muzaffar Shah Khairuddin
Zulkifli Ibrahim
Abdul Rahman Abdul Hackeem

Mohd Husaif Mohd Jalal
Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad
Jafrien Muhammad
Hj Ramlan Roes
Pajudin Nordin
Faizal Afendi Hussin
Hasmuzair Hassan
K. Gunalan
Tan Wei Wun

Chan Meng Kai
Mohd Najib Onn

Kongres Angkatan Muda KeADILan ke-4


Seremban,25 Mei-Kongres Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat untuk kali yang ke empat telah berjaya dirasmikan di Dewan Sekolah Cina Chung Hwa,oleh Timbalan Presiden Dr Syed Hussin Ali.
Seramai kira-kira 1500 perwakilan dan permerhati AMK termasuk sayap wanita telah menghadiri upacara perasmian tersebut.




Negeri Selangor mencatatkan jumlah kehadiran perwakilan dan pemerhati termasuk Skuad AMK yang sangat membanggakan.
Dalam ucapan perasmiannya, Dr Syed Hussin Ali telah menyentuh soal disiplin dan perkembangan parti.Menurut beliau sayap AMK & Wanita akan terus lebih progresif dan diterima rakyat jika tahap disiplin dikalangan ahli parti diteguhkan.
Walaubagaimanapun perjalanan kongres pada hari tersebut agak memanaskan hati para perwakilan dan pemerhati apabila proses pemilihan jawatan-jawatan dalam AMK telah tertangguh selama lebih 3 jam dari waktu yang sepatutnya.Walau bagaimanapun tindakan bijak pengerusi tetap AMK Sdr Romli telah menyelamatkan keadaan.

Ucapan Pemangku Ketua AMK, Sdr Samsul Iskandar telah menyatakan satu misi yang jelas.Bertemakan Daripada harapan Kepada Kemenangan',ucapan beliau membei keyakinan kepada hadirin bahawa selepas daripada kongres ini,barisan AMK akan lebih berbisa dan menyengat untuk memberi impak yang hebat kepada arus perdana politik Malaysia.Bukan sekadar menjadi parti politik nyamuk atau pengacau tetapi berperanan penting dalam mencorakkan perubahan demi kemakmuran rakyat Malaysia berbilang kaum.
Walaubagaimanapun, rata-rata perwakilan menyatakan standard perjalanan kongres AMK kali ini bukanlah yang terbaik dan banyak lagi ruang untuk diperbaiki.Dari penyediaan dewan yang terlalu besar (menampakkan kelopongan ketara) hinggalah soal penyediaan ruang makan yang selesa dan sebagainya.
Namun begitu segala kekurangan itu menambahkan asam garam perjuangan parti politik pembangkang dalam sebuah negara jakun seperi Malaysia ini.Rata-rata perwakilan masih menunjukkan semangat yang tinggi dan memahami segala kekurangan yang berlaku.Lawan Tetap lawan!




Wednesday, May 16, 2007

Harga Barang Naik,Petanda Ekonomi Baik?

Tepung naik tetapi rakyat (kononnya) jangan risau.
Harga tepung gandum kini dinaikkan RM0.15sen sekilogram serta-merta. Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri barangan kawalan ini terpaksa dinaikkan oleh kerana kos pengangkutan dan bahan mentahnya meningkat.Kata Shafie Apdal kenaikkan ini terlalu kecil dan memberi amaran kepada para peniaga terutama restoran-restoran dan pengeluar bahan makanan agar tidak menaikkan harga produk mereka berikutan perkembangan ini. Belum pun kerajaan mengumumkan kenaikkan gaji kakitangan awam dan lain-lain imbuhan untuk profesyion tertentu, nampaknya harga barangan pula telah mendahuluinya. Malah semalam akhbar-akhbar tempatan mendedahkan betapa barangan-barangan tertentu terutama yang dalam tin telah pun naik secara senyap-senyap antaranya sardin, susu tepung bayi, milo, nescafe dan susu pekat manis. Semuanya naik sekitar 5 ke 10 peratus.Lalu apa lagi akan naik selepas ini? (Kata orang di Malaysia sejak akhir-akhir ini semuanya naik tidak ada yang turun kecuali hujan).Pastilah kenaikkan kos barangan ini akan turut menjejaskan kos hidup rakyat Malaysia yang masih belum pulih dari kenaikkan harga minyak, gas, tol, bekalan letrik dan air itu.Saya tertarik dengan komen Penasihat FOMCA Prof Datuk Dr Hamdan Adnan yang menyatakan bahawa kerajaan sepatutnya memberi jaminan bahawa jika kerana kenaikkan kos pengangkutan dan bahan mentah maka harga tepung gandum ini terpaksa dinaikkan maka jika kos-kos ini turun harga tepung gandum juga akan turun.Jangan naik kerana kos naik teapi apabila turun harga runcitnya tidak turun-turun sebagaimana yang pernah kita lihat dan alami berlaku kepada harga petrol.Kesimpulannya saya yakin rakyat Malaysia mula berasa cemas dengan perkembangan ini dan tidak mustahil kalau tepung gandum boleh naik kerana kenaikkan kos pengangkutan maka banyaklah lagi barangan dan perkhidmatan akan bertalu-talu naik pula selepas ini.
Lan SMS

Kursus Pilihanraya Siri 1

Parti Keadilan Rakyat(KeADILan) bersama Parti Islam SeMalaysia(PAS) Kawasan Ampang akan mengadakan Kursus Pilihanraya Siri 1 yang akan berlangsung di Dewan Ar Ridhuan,Taman Dagang,Ampang.
Kursus ini menandakan pelancaran dan sebagai tanda persediaan kedua-dua parti dalam mendepani pilihanraya umum ke 12 yang dijangkakan berlangsung dalam tahun ini juga.
Kursus tersebut dijangka akan dirasmikan oleh Naib Presiden KeADILan Azmin Hj. Ali.
Dalam mesyuarat bersama yang dijalankan pada Sabtu 12 Mei lepas, dijangkakan sekurang-kurangnya 150 petugas pilihanraya daripada kedua-dua parti akan menghadiri kursus tersebut. Berikut merupakan butir-butir kursus tersebut.Kepada petugas-petugas yang ingin menyertai kusrsus tersebut sila hubungi penama di bawah untuk pendaftaran.

Kursus Pilihanraya Siri 1 Barisan Rakyat Parlimen Ampang
  • Tarikh: Sabtu, 19 Mei 2007

  • Tempat: Dewan Ar Ridhwan (Markaz PAS Kawasan) Taman Dagang Jaya, Ampang.

  • Masa: 9.00 pagi


  • Perasmian: Sdr Azmin Hj. Ali

Thursday, April 05, 2007

IJOK: Lawan @ Boikot?






Ramai yang mula berkira-kira apakah keputusan yang bakal diambil oleh pimpinan parti dalam mesyuarat Biro Politik yang akan datang.Ini berikutan kematian mengejut ADUN IJOK, Datuk K.Sivalinggan yang juga merupakan Timbalan Pengerusi MIC Selangor akibat serangan jantung di India, 4 April lalu.



Datuk K. Sivalinggam memenangi kerusi DUN Ijok dengan menewaskan calon KeADILan dengan majoriti sekecil 1600 undi.Berdasarkan statistik pilihan raya lepas Ijok mempunyai 12,404 pengundi yang terdiri daripada Melayu 50.63 peratus, India 28.28 peratus, Cina 20.85 peratus dan lain-lain 0.24 peratus.



Kini tumpuan terarah kepada pimpinan Barisan Rakyat Selangor yang diterajui bersama oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim & Dato' Dr. Hj Hassan Ali.
Sekiranya keputusan diambil untuk bertanding,apakah itu dapat menentukan ukuran sokongan rakyat yang sebenar.Walaupun tidak dinafikan sokongan di negeri Selangor khususnya sedang mengalami fasa peningkatan,namum ramai sedia maklum bahawa BN akan mendesak SPR dengan besungguh-sungguh berusaha untuk memenangkan calonnya.
Segala jentera BN akan dikerah dari seluruh negara dan wang ringgit pastinya melimpah-limpah ditabur kepada rakyat.

Pada saat ini,calon yang dianggap paling layak mewakili KeADILan Selangor ialah Tan Sri Abdul Khalid sendiri memandangkan beliau merupakan anak jati dalam Parlimen Kuala Selangor yang mana Ijok merupakan salah satu DUN didalamnya.



Walau apapun keputusan yang diambil,KeADILan Bahagian Ampang sentiasa siap sedia menghadapi sebarang kemungkinan.Jentera Bahagian dengan dokongan Angkatan Muda dan Skuad Angkatan Muda sedia berjuang dibarisan hadapan sekiranya gendang Pilihanraya Kecil dipalu bila-bila masa.REFORMASI!!!