Parti Keadilan Rakyat Bahagian Ampang

Thursday, April 05, 2007

IJOK: Lawan @ Boikot?






Ramai yang mula berkira-kira apakah keputusan yang bakal diambil oleh pimpinan parti dalam mesyuarat Biro Politik yang akan datang.Ini berikutan kematian mengejut ADUN IJOK, Datuk K.Sivalinggan yang juga merupakan Timbalan Pengerusi MIC Selangor akibat serangan jantung di India, 4 April lalu.



Datuk K. Sivalinggam memenangi kerusi DUN Ijok dengan menewaskan calon KeADILan dengan majoriti sekecil 1600 undi.Berdasarkan statistik pilihan raya lepas Ijok mempunyai 12,404 pengundi yang terdiri daripada Melayu 50.63 peratus, India 28.28 peratus, Cina 20.85 peratus dan lain-lain 0.24 peratus.



Kini tumpuan terarah kepada pimpinan Barisan Rakyat Selangor yang diterajui bersama oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim & Dato' Dr. Hj Hassan Ali.
Sekiranya keputusan diambil untuk bertanding,apakah itu dapat menentukan ukuran sokongan rakyat yang sebenar.Walaupun tidak dinafikan sokongan di negeri Selangor khususnya sedang mengalami fasa peningkatan,namum ramai sedia maklum bahawa BN akan mendesak SPR dengan besungguh-sungguh berusaha untuk memenangkan calonnya.
Segala jentera BN akan dikerah dari seluruh negara dan wang ringgit pastinya melimpah-limpah ditabur kepada rakyat.

Pada saat ini,calon yang dianggap paling layak mewakili KeADILan Selangor ialah Tan Sri Abdul Khalid sendiri memandangkan beliau merupakan anak jati dalam Parlimen Kuala Selangor yang mana Ijok merupakan salah satu DUN didalamnya.



Walau apapun keputusan yang diambil,KeADILan Bahagian Ampang sentiasa siap sedia menghadapi sebarang kemungkinan.Jentera Bahagian dengan dokongan Angkatan Muda dan Skuad Angkatan Muda sedia berjuang dibarisan hadapan sekiranya gendang Pilihanraya Kecil dipalu bila-bila masa.REFORMASI!!!