Parti Keadilan Rakyat Bahagian Ampang

Saturday, November 11, 2006

Dokongan Masyarakat Tionghwa Meningkat



Parti Keadilan Rakyat yang mensasarkan Pulau Pinang antara negeri yang dapat ditawan dalam Pilihanraya Umum akan datang ternyata bersifat realistik dalam membuat andaian.

Sokongan masyarakat dilihat semakin menunjukkan perkembangan positif.Masyarakat Melayu kini kian teguh mempercayai keADILan setelah melihat UMNO P.Pinang terumbang-ambing dengan permasalahan dalaman mereka dan pentadbiran PM yang dilihat sangat perlahan dan bercelaru.
Kini masyarakat Tionghwa pula secara berani menonjolkan diri mereka dalam perjuangan keADILan di sini.Mereka inginkan perubahan yang tidak dapat dibawa parti politik bersifat perkauman seperti GERAKAN dan MCA.Angin perubahan yang bertiup kencang ini mula dijelmakan oleh Bekas Pengerusi MCA Bukit Mertajam,Tony Peh Choon Peng.Beliau telah membawa 1009 ahli MCA Bukit Mertajam dan baru-baru ini .,106 orang lagi ahli MCA Bukit Mertajam keluar parti diketuai Tan Hock Leong ,Setiausaha bahagian tersebut.

Tan Hock Leong yang berusia 51 tahun, merupakan ahli MCA selama 30 tahun. Beliau mula aktif sebagai ahli MCA dari tahun 1976. Dia merupakan Setiausaha MCA bahagian Bukit Mertajam selama 9 tahun, mulai tahun 1996 sehingga 2005 dibawah pimpinan Pengerusi Dr. Tan Chong Keng.
Menurutnya, setakat ini seramai 106 ahli MCA bahagian Bukit Mertajam bersama-samanya secara sah telah meninggalkan MCA. Seramai 7 orang Ketua Cawangan, 9 orang Ketua Wanita Cawangan dan 5 orang Ketua Pemuda Cawangan, manakala yang selebihnya ialah AJK cawangan, Setiausaha cawangan dan ahli biasa.Walaupun belum menyertai keADILan,desas-desus menyatakan beliau dan rakan-rakan amat berminat menyertai parti berbilang bangsa ini.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home