Parti Keadilan Rakyat Bahagian Ampang

Friday, November 10, 2006

Selangor Menuju Kemenangan


Parti Keadilan Rakyat Negeri Selangor yang baru-baru ini mendapat suntikan semangat dengan perlantikan Tan Sri Khalid Ibrahim dan Sdr Mohamed Ezam Mohd Nor sebagai Pengerusi & Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri kini mula mengatur langkah menuju kemenangan.
Dalam suasana Aidilfitri yang masih belum surut, KeADILan Bahagian Kuala Selangor mengambil inisiatif dengan menganjur suatu pertemuan Belia Kawasan bersama AJK KeADILan Negeri Selangor.
Program yang bermula jam 3 petang itu berjaya mencapai matlamatnya dan dikesempatan itu Tan Sri Khalid juga menyatakan keADILan negeri Selangor akan mula menjalankan persediaan rapi untuk mengetuai Barisan Rakyat di Negeri Selangor serta berkerjasama dengan DAP.Antara Agenda besar yang akan dibawa keADILan Selangor dalam pilihanraya akan datang adalah isu ekonomi negara dan ekonomi orang Melayu.
Dalam sesi itu juga turut ditayangkan pada skrin besar temubual eksklusif Tan Sri Khalid Ibrahim bersama WTV8 yang banyak menyetuh isu semasa dan permasalahan ekonomi sebenar rakyat di Negara ini.
Tayangan itu mendapat maklum balas positif daripada kebanyakan yang hadir dengan mencadangkan ianya dibuat dalam bentuk VCD dan diedar kepada penduduk Negeri Selangor terutamanya kerana isinya yang meluas dan kupasan lengkap yang dapat membuka mata banyak pihak terutama penduduk kawasan pendalaman yang m asih taksub dengan UMNO kerana tidak mendpat maklumat yang sebenar. Turut hadir P.Krishnasamy & Cikgu Lee Kim Sin selaku Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri,Pn Maznah Aziz selaku Ketua Wanita Negeri,Kashminder Singh wakil bahagian Subang,Abd. Halim,Khairul Nordin dan Nor Hizwan wakil bahagian Ampang,dan wakil-wakil hampir semua Bahagian di Selangor

0 Comments:

Post a Comment

<< Home