Parti Keadilan Rakyat Bahagian Ampang

Monday, December 25, 2006

Penyerahan Memo Barisan Rakyat kepada MPAJ


Parti Keadilan Rakyat Bahagian Ampang & Pandan telah bersama mnyerahkah Memorandum Barisan Rakyat di Pejabat MPAJ pada hari Jumaat ,1 Disember yang lalu.Penyerahan tersebut telah berlansung dengan jayanya pada jam 3.00 petang dimenara MPAJ, Pandan Indah. YDP MPAJ yang berada diluar kawasan ketika itu telah mewakilkan Setiausaha MPAJ merangkap Timbalan YDP Sdr Abdul Hamid Hussain untuk bertemu dengan rombongan dan menerima memorandum tersebut.
Selain menerima rombongan di Pejabat beliau, Sdr Abdul Hamid Hussain, juga meluangkan masa selama lebih 1/2 jam membincangkan beberapa perkara berhubung isu-isu setempat termasuk beberapa perkara yang dapat dilakukanuntukkepentingan rakyat.Antara yang disentuh:
- Isu Perobohan Rumah dan Surau Peneroka Bandar di Berembang.
- Masalah kebanjiran pendatang asing di Pandan yang turut menjurus kepadagejala sosial serta jenayah.- Gejala demam Dengi serta usaha pembasmian nyamuk Aedes.
- Penggunaan premis serta padang untuk program-program Parti KeadilanRakyat.
Berikutan maklumbalas & kerjasama positif tersebut,pimpinan parti telah mencadangkan pertemuan susulan dengan pihak MPAJ di masa-masa akn datang untuk bersama-sama membantu ke arah kebaikan masyarakat khususnya di sekitar Parlimen Ampang.

Monday, December 11, 2006

Al-Fadhil Asy-Syeikh Imam Abdullah Al Hadhari

A picture can tell you a thousand words! in this case i'm positive it's worth more than that!

Here's a pic originally extracted from Terengganu Monsoon Cup official Website.Anyway, dont waste your time surfing the site for more as they've already deleted this particular "scene of Mencari Al Ghazali & Asy-Syafie..namun Datuk Michele Yeoh yang ku sentuhi"Ayuh Ustaz-ustaz Hadhari ciumlah tangan Imam Besarmu ini lagi!

Dr Rozaidah & Auratnya!

Hampir semua pengundi Parlimen Ampang tahu bahawa mereka diwakili seorang doktor pergigian wanita bernama Dr Rozaidah dan ramai juga yang tahu bahawa Dr. Rozaidah ini walaupun mangaku beragama Islam namun beliau masih tidak mengamalkan sepenuhnya ajaran Islam.Ini jelas kerana dalam kesemua majlis yang beliau hadiri beliau tidak menutup aurat rambutnya dengan sempurna melainkan hanya berselendang sahaja dalam majlis-majlis tertentu yang menampakkan juntaian rambutnya yang diwarnakan.
Mungkin menurut pandangan beliau bahawa hal menutup aurat ini merupakan pilihan individu dan kemungkinan besar beliau juga menganggap hal ini sebagai hak asasi manusia.Tidak mengapalah jika pandangan itu bersifat peribadi beliau sendiri dan tidak mempengaruhi orang awam.
Beliau yang juga merupakan pengerusi "Parliamentary Gender Causcus" mengeluarkan komen dengan begitu ghairah menyatakan bahawa:
Its an individuals right to wear what he or she wants
Kata beliau peraturan ini adalah satu peraturan yang datangnya dari mereka yang berfikiran sempit.Sebagai seorang Islam saya tidak dapat menerima kenyataan ini dan saya tidak pasti apakah para pengundi Melayu Islam di Ampang boleh menerimanya. Tak mengapalah kalau kita tidak bersetuju dengan kerajaan PAS di Kelantan tetapi jangan sampai mengeluarkan kenyataan yang jelas bertentangan dengan agama yang kita anuti. Ini bukan ciptaan PAS! Islam memang memberi hak kepada para penganutnya tetapi hak tadi tertakluk kepada apa yang diizinkan oleh Allah dan Rasul Nya saw. Jika kerana kekurangan ilmu atau iman yang nipis maka kita bersikap tidak mahu menerima sesuatu peraturan itu, maka kita tanggunglah implikasinya, tetapi jangan pula sampai kita menafikan peraturan itu dan mengisytiharkannya pula kepada masyarakat.Bagi yang patuh Alhmadulillah, tetapi bagi yang enggan atas apa sahaja alasan, jangan pula sampai menghina atau menolak perintah itu.Dr Rozaidah adalah satu contoh wanita Melayu/Islam yang enggan mematuhi peraturan ini dan memilih untuk ridicule atau memperlekehkannya pula. Kalau beliau bercakap berkenaan RIGHTS mengapa beliau perlu menutup aurat jika bersolat atau menunaikan umrah atau Haji. Terus sahaja berpakaian biasa, its your right after all!Mudah-mudahan Allah swt melindungi kita dari pemimpin yang seumpama ini, bangkit dan sedarlah wahai orang Ampang sekalian.Mungkin Dr. Rozaidah boleh mengikut contoh Dr. Siti mariah Mahmud dalam berpakaian.

Alahai...MP Gombak!

Kes yang melibatkan Ahli Parlimen Gombak Dato' Dr Rahman Ismail & Senator Datin Paduka Nor Hayati binti Tan Sri Dato Oon kini sudah menjadi semakin hangat.Kes yang mulanya cuba disorok kini semakin mendapat perhatian ramai setelah disebarkan dalam laman web YB Teng Chang Kim yang juga ADUN Sg. Pinang.Kedua-dua individu terlibat ini sudah berkahwin dan ini menunjukkan betapa Senator & Ahli Parlimen dari UMNO ini merupakan contoh terburuk dalam pada UMNO mengaku membawa wahyu Islam Hadhari dan berjuang membela Bangsa,Agama & Negara.Inilah pilihan rakyat Gombak.Perbuatan mereka ini sebenarnya membuka mata ramai rakyat akan sifat munafik pemimpin UMNO.Turuut disiarkan di bawah laporan polis yang dibuat suami (bekas?) Senator di atas, IR. Mohd Suffian B. Abdul Aziz pada 8 Oktober 2006 di balai polis Shah Alam

Friday, December 01, 2006

Memo Serentak Seluruh Selangor

Satu bantahan yang diketuai oleh Tan Sri Khalid Ibrahim (Pengerusi Perhubungan Negeri Selangor KeADILan), Dato' Hassan Ali (Pesuruhjaya Selangor PAS) dan Yang Berhormat Teng Chang Kim (Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Pinang, DAP) akan berlangsung di Bangunan Majlis Perbandaran Klang,Selangor
Kerjasama parti-parti pembangkang ini juga akan dijalankan di pejabat majlis perbandaran dan majlis daerah yang selainnya di Selangor bagi menunjukkan keprihatinan rakyat terhadap penyelewengan kuasa yang dilakukan oleh PBT, khususnya dalam kes Datuk Zakaria yang melibatkan Menteri Besar Selangor, Khir Toyo.
Di Ampang, penyerahan memorandum tersebut telah diwakili oleh Ketua Bahagian YBhg En. Abdul Halim Mohamed Yusof,Setiausaha Bahagian En. Nor HIzwan Ahmad dan Setiausaha Bahagian Panda Encik Zakaria.Memorandum itu telah diterima oleh Timbalan YDP Majlis Perbandaran Ampang Jaya di pejabat beliau.

Madrasah Rahmaniyah Hanya Tinggal Kenangan

AMPANG, 30 Nov (Hrkh) - Pihak berkuasa Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akhirnya berjaya merobohkan Surau Kg Berembang walaupun berhadapan dengan tentangan sengit para penduduk dan sukarelawan yang cuba mempertahankan "Rumah Allah" itu.
Dengan kekuatan 100 anggota, penguatkuasa MPAJ bertindak rakus merempuh benteng manusia yang dibina penduduk dan sukarelawan lantas menggunakan gergaji besi untuk mengoyakkan pagar besi surau yang dikunci rapi penduduk.
Selepas berjaya menceroboh masuk ke kawasan surau tersebut, gerombolan penguatkuasa MPAJ merempuh masuk ke dalam surau tanpa menanggalkan kasut dan bertindak memecahkan peralatan dan tingkap kaca surau berkenaan.
Sekumpulan kanak-kanak, wanita dan lelaki yang "berkubu" di dalam surau diheret dengan ganas keluar daripada surau tersebut setelah pergelutan berlaku antara mereka dengan pegawai penguatkuasa MPAJ yang hampir keseluruhannya beragama Islam.
Sebuah jentolak digunakan bagi merobohkan bahagian hadapan surau ketika para penduduk dan sukarelawan melaungkan "Allahuakbar".
Seramai 11 orang penduduk dan sukarelawan ditahan dalam operasi ganas itu manakala empat orang penduduk pengsan akibat dikasari penguatkuasa MPAJ.
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub, Wakil keADILan Ampang dan Pandan,wakil-wakil NGO dan persatuan pelajar berusaha menenangkan penduduk.

Tragedi Berdarah Berembang



Semalam 30 November 2006, berlaku sambungan tragedi menyayat hati yang menimpa rakyat di kampung berembang.Walaupun memberi sokongan padu kepada BN pada pilihanraya umum yang lepas mereka tidak terkecuali daripada menerima layanan kejam pihak yang selama ini mereka percayai dan sokong.Nampaknya sokong ini membawa rebah.

ADUN Bukit Antarabangsa Y.B Azman Wahid dan Ahli Parlimen Ampang Y.B Dr Rozaidah langsung tidak berani menunjukkan muka mereka.Berbeza saat mereka turun bermanis muka merayu undi pada PRU lepas.Kesemua rakyat yang ditemui menyatakan kekecewaan dan kekesalah mereka terhadap wakil rakyat yang lepas tangan apabila mereka ditimpa masalah.

Semalam,khemah usai yang mereka dirikan atas runtuhan tapak kediaman mereka turut menjadi mangsa.Pegawai-pegawai MPAJ bertindak zalim dan kejam ibarat tentera yahudi dari israel.Walaupun mendapat tentangan hebat penduduk kampung serta wakil parti oposisi dan ngo termasuk wanita tua dan kanak-kanak mereka gagah mengganas ,mencederakan dan merobohkan rumah ibadat suci umat islam iaitu sebuah surau bernama madrasatul Rahmaniyah.Lebih malang lagi khemah rakyat yang dibina turut dimusnahkan tanpa belas kasihan.Inilah nasib insan Kg Berembang yang malang.Mereka juga Melayu,mereka juga Islam malah mereka juga menyokong kerajaan.Bezanya mereka tidak kaya,tidak berpengaruh,tidak mendapat keuntungan dan kini mereka tiada lagi tempat tinggal.....Insafilah kejadian ini.Ini semua mesti diperbetul ,Ini Masa Perubahan!