Parti Keadilan Rakyat Bahagian Ampang

Wednesday, November 22, 2006

MPAJ Mengganas di Kg Berembang

Pada tarikh 21 November lalu,berlaku satu peristiwa yang sangat menyentap perasaan penduduk di Kampung Berembang di sini.Kediaman dan perkampungan yang telah mereka bina dan diami selama lebih 40 tahun dicerobohi dan dirobohkan tanpa simpati oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) Majlis Perbandaran Ampang Jaya dengan sokongan FRU dan PBT yang lain.
Menurut sumber yang diperolehi,tindakan MPAJ itu sebenarnya membelakangi undang-undang yang sepatutnya mereka junjung.Ini kerana Mahkamah Tinggi Shah Alam akan mengadakan "Full Hearing" hanya pada tarikh 30 April 2007 akan datang.Maknanya keputusan penuh oleh mahkamah masih belum diperolehi namun MPAJ telah meroboh bangunan kediaman penduduk.Kini hanya tinggal Madrasah Rahmaniyah,surau tempat penduduk kampung beribadat dahulunya kini menjadi perlindungan sementara terutama bagi wanita,kanak-kanak dan warga emas.
Pada tragedi Isnin lepas,kesemua rumah penduduk telah dirobohkan walaupun wakil Jawatankuasa Rayuan dan Penyelesaian penduduk kampung itu telah berjaya mendapatkan surat sokongan dari pejabat Perdana Menteri yang ditandatangani sendiri oleh Setiausaha Sulit Kanan PM kepada MB Selangor yang mengarahkan kerja-kerja perobohan ditangguh.Dua rumah juga telah terbakar secara 'misteri' .Operasi itu juga telah mengakibatkan hampir 30 orang penduduk kampung dan aktivis NGO ditangkap
Merasakan mereka telah dianiayai oleh PBT dan Pemaju,kesemua wakil isi rumah telah membuat laporan polis berkenaan kejadian tersebut.
Parti Keadilan Ampang adalah antara pihak pertama yang hadir menunjukkan simpati dan menghulur bantuan awal kepada mangsa-mangsa.Ketua AMK Bahagian,Saudara Hamsah Djabir adalah antara yang paling sibuk membantu kerja-kerja mendirikan khemah sementara bagi penduduk.Sebuah khemah,segulung kanvas plastik dan bantuan makanan merupakan sumbangan awal yang diserahkan kepada wakil penduduk di kampung itu.Turut kelihatan En. Nor Hizwan Ahmad selaku Setiausaha Bahagian yang mengkoordinasi bantahan kepada pihak MPAJ dan juga YBhg En. Abdul Halim Mohamed Yusof selaku Ketua Bahagian telah menunjukkan simpati dan bantuan kepada mangsa-mangsa.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home