Parti Keadilan Rakyat Bahagian Ampang

Thursday, March 15, 2007

AMK Ampang: Siap siaga!

Jawatankuasa Angkatan Muda KeADILan Ampang telah berjaya menjalankan mesyuarat kali pertama AJK sesi 2007-2010 hanya 2 hari selepas berlangsungnya Mesyuarat Agung AMK Tahunan.Semangat perjuangan jelas terpancar pada barisan kepimpinan AMK Bahagian yang turut diserikan dengan perlantikan beberapa muka baru yang bersetuju untuk menzahirkan komitmen mereka dalam perjuangan ini.
Menurut Ketua AMK Ampang Sdr Hamsah Djabir, antara perkara pokok yang akan diselesaikan dalam tempoh terdekat ialah soal penubuhan Skuad Angkatan Muda Bahagian dan soal pakaian seragam AMK Bahagian disamping pembentangan cadangan beberapa program yang akan dipelopori oleh AMK Bahagian.
Disamping itu, seluruh AJK AMK Bahagian diminta aktif memainkan peranan dengan mencari aktivis-aktivis baru serta mendaftarkan mereka sebagai pengundi memandangkan Pilihanraya Umum dijangka berlaku dalam watu terdekat.
Beliau juga menegaskan bahawa bermula tahun ini AMK Bahagian Ampang akan mula menyengat dan memainkan peranan penting serta memperbanyakkan kegiatan dalam masyarakat khususnya di Parlimen Ampang.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home