Parti Keadilan Rakyat Bahagian Ampang

Thursday, March 01, 2007

Patutlah...!



Patutlah apa? pernahkah kita tertanya-tanya mengapa walapun setelah sekian banyak laporan polis dan juga laporan BPR yang telah dimajukan kepada pihak berkuasa seolah-olah tidak memberi sebarang kesan? Semua ini kini terungkai setelah pendedahan berani & eksklusif dibawa kepada pengetahuan umum melalui GERAK.Pengerusi GERAK,Sdr Ezam Mohd Nor telah mengadakan sidang media di pejabatnya pada 26 Februari yang lalu dan mendedahkan bahawa Ketua Pengarah BPR sendiri terlibat dalam pelbagai kes salahguna kuasa, rasuah & jenayah.Pendedahan yang berasakan surat bertajuk "First Information Report Under Section 107 CPA Against Dato Seri Zulkefly Mat Noor (B1) & Another" itu mengejutkan banyak pihak dan kini mula menggegarkan lagi pentadbiran PM Pak Lah yang dilihat umum kian goyang.Rata-rata rakyat mempersoalkan bagaimana Zulkeply yang juga bekas pegawai tertinggi Special Branch itu dilantik ke jawatannya sekarang.Laporan polis yang terpapar disebelah merupakan salinan report polis yang dibuat oleh Zarina Mindra bt Abdullah pada 28 July 1997.

1 Comments:

  • oi! apa crite kg berembang? updatekan aku~

    By Anonymous Anonymous, at 4:26 AM  

Post a Comment

<< Home